Lima penunggang motosikal cedera dalam kemalangan di Tambak Johor

LIMA penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Singapura cedera ringan selepas terlibat dalam kemalangan di Tambak Johor menghala ke republik itu hari ini.

Kemalangan berlaku jam 9.20 pagi dipercayai apabila seorang penunggang berhenti dan membuat pusingan U untuk mengambil barang peribadi yang terjatuh di jalan raya.

KEADAAN kemalangan membabitkan lima buah motosikal di laluan motosikal Tambak Johor pagi ini. GAMBAR: Facebook pembaca

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, empat penunggang motosikal lain yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan. Berikutan perlanggaran itu, kesemua mangsa terjatuh di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan lelaki tempatan berusia antara 29 hingga 50 tahun dibawa ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk menerima rawatan.

Katanya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular dalam media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan beberapa buah motosikal terjatuh dalam kemalangan di Tambak Johor, iaitu jalan darat yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img