Imigresen jelaskan penggunaan pelbagai aplikasi bagi pelepasan autogate QR

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) tampil memberi penjelasan susulan kekeliruan orang ramai yang tular di media sosial berhubung penggunaan pelbagai aplikasi berkaitan pelepasan imigresen melalui kemudahan autogate Kod QR.

Dalam satu kenyataan media hari ini, JIM memaklumkan pelaksanaan sistem terbabit dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan kelancaran pergerakan di pintu masuk utama negara serta kesinambungan perkhidmatan imigresen kepada rakyat dan pelawat

Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban, MyNIISe dibangunkan sebagai platform digital tunggal bagi menyatukan semua urusan dan perkhidmatan imigresen Malaysia di bawah satu sistem bersepadu yang akan menggantikan sistem legasi sedia ada secara berperingkat.

“MyBorderPass pula diperkenalkan sejak 2024 sebagai langkah intervensi sementara melalui ujian konsep bagi menangani kesesakan kritikal di pintu masuk utama negara dengan penggunaan autogate Kod QR terpilih, sementara pembangunan penuh MyNIISe dimuktamadkan.

“Bagi MyDigital ID, JIM menjelaskan ia merupakan platform identiti digital kebangsaan yang berfungsi sebagai mekanisme pengesahan identiti secara ‘single sign-on’ untuk akses selamat ke perkhidmatan kerajaan termasuk MyNIISe, dan bukan aplikasi imigresen seperti yang disalah fahami orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pelaksanaan semasa adalah fasa peralihan yang bersifat sementara, bagi membolehkan pembangunan MyNIISe dilaksanakan sepenuhnya tanpa menjejaskan kelancaran operasi pintu masuk, tahap keselamatan sempadan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pengguna. 

Menurutnya, JIM akan meneruskan agenda pembaharuan dan  dan pendigitalan perkhidmatan imigresen berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan mesra pengguna.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img