Indonesia laksana  8 dasar baharu  mulai esok hadapi krisis tenaga

PEMERINTAH Indonesia akan mula melaksanakan lapan dasar baharu bermula 1 April (esok) sebagai respons terhadap dinamika global serta bagi meningkatkan kecekapan dalam negara itu.

Dasar-dasar tersebut menyentuh secara langsung kehidupan harian rakyat, termasuk corak kerja dan penggunaan bahan api minyak (BBM).

Menteri Koordinator Bidang Perekonomian, Airlangga Hartarto berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada transformasi budaya kerja nasional supaya lebih adaptif dan produktif dalam menghadapi tekanan global.

“Situasi ini bukan halangan, sebaliknya peluang untuk mempercepat perubahan tingkah laku ke arah yang lebih moden dan cekap,” katanya pada sidang media malam ini di Jakarta.

Salah satu dasar utama ialah pelaksanaan kerja dari rumah (WFH) setiap hari Jumaat bagi penjawat awam, sama ada di peringkat pusat mahupun daerah.

Airlangga menjelaskan, pelaksanaan itu turut menggalakkan pendigitalan tadbir urus kerajaan serta pengurangan mobiliti, termasuk pembatasan penggunaan kenderaan rasmi.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan penggunaan kenderaan rasmi dan memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam,’’ katanya.

Penggunaan kenderaan rasmi akan dihadkan sehingga 50 peratus, kecuali bagi tujuan operasi dan kenderaan elektrik. Perjalanan rasmi turut dikurangkan, masing-masing sehingga 50 peratus bagi perjalanan domestik dan 70 peratus bagi perjalanan ke luar negara.

Bagi sektor swasta, kerajaan menggesa pelaksanaan WFH secara terhad melalui surat edaran Kementerian Tenaga Kerja, tertakluk kepada keperluan setiap sektor.

Namun, beberapa sektor akan terus beroperasi seperti biasa dari pejabat atau lapangan. Perkhidmatan awam seperti kesihatan, keselamatan dan kebersihan dikecualikan daripada dasar WFH. Begitu juga sektor strategik seperti industri, tenaga, makanan, pengangkutan, logistik dan kewangan.

Dalam sektor pendidikan pula, sesi pembelajaran bagi peringkat rendah hingga menengah kekal dilaksanakan secara bersemuka selama lima hari seminggu. Aktiviti sukan dan kokurikulum juga tidak dikenakan sebarang sekatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img