PM ucap tahniah kepada pelajar SPM 2025

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Perdana Menteri menggalakkan semua penerima sijil SPM untuk terus melangkah dengan tekad dan yakin bagi mencapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

“Bagi yang kurang bernasib baik, usah berputus asa. Perjalanan ini masih panjang dan ruang untuk bangkit sentiasa terbuka buat mereka yang terus berusaha tanpa kenal lelah,” katanya dalam hantaran itu.

Menurut Anwar, sistem pendidikan negara sentiasa tersedia untuk menyokong setiap langkah pelajar dalam mencapai kejayaan.

Beliau berkata, masa depan tidak ditentukan oleh satu keputusan, tetapi oleh kesungguhan untuk terus melangkah dan berjaya.

Pagi ini, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad mengumumkan keputusan SPM 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.

Beliau dilaporkan berkata, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, berbanding 13,827 calon pada 2024.

Manakala calon yang memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran adalah seramai 141,728 orang atau bersamaan 36.47 peratus bagi SPM 2025.

Angka itu menunjukkan peningkatan seramai 4,937 calon berbanding 136,791 orang atau 36.13 peratus pada SPM 2024 iaitu meningkat sebanyak 0.34 peratus.

Mohd Azam turut mengumumkan secara keseluruhannya pencapaian calon SPM 2025 berdasarkan indeks GPK adalah lebih baik sejak peperiksaan SPM yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2021.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img