Israel-AS bom sekolah rendah perempuan di Iran : 57 murid maut , 60 cedera,53 tertimbus

SERANGAN  ganas Israel-Amerika Syarikat (AS) terkena sebuah sekolah rendah perempuan di Minab, sebuah bandar di wilayah Hormozgan, selatan Iran. Jumlah korban dilaporkan terus meningkat.

Agensi berita Iran, IRNA, melaporkan bahawa serangan Israel yang menyasarkan sekolah perempuan di Minab, wilayah Hormozgan, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 57 pelajar terbunuh dan 60 lagi cedera.

Gabenor Minab, Mohammad Radmehr, mengesahkan kepada IRNA  bahawa Sekolah Shajareye Tayabeh telah diserang secara langsung dan beberapa pelajarnya terkorban. Ketika kejadian, kira-kira 170 pelajar perempuan sedang mengikuti sesi pembelajaran apabila bom dijatuhkan.

Radmehr turut memaklumkan bahawa 53 pelajar masih terperangkap di bawah runtuhan. Operasi menyelamat dan bantuan sedang dijalankan di lokasi kejadian. Beliau menambah bahawa keadaan keselamatan di bandar tersebut berada dalam kawalan.

Amerika Syarikat dan Israel melancarkan tindakan ketenteraan bersama terhadap Iran pada pagi Sabtu. Angkatan Bersenjata Iran kemudian melancarkan serangan balas berskala besar, menyasarkan wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan tentera Amerika di seluruh rantau itu menggunakan peluru berpandu balistik dan dron.

Pada masa yang sama, letupan dilaporkan kedengaran dan kelihatan di seluruh Tehran pada pagi Sabtu. Beberapa peluru berpandu dilaporkan mengenai University Street dan kawasan Jomhouri di Tehran, menurut laporan agensi berita Fars.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img