Jangan gunakan telefon pintar diamkan,tenangkan anak  – Nancy

TREND menjadikan telefon pintar dan gajet sebagai ‘pengasuh’ kanak-kanak, harus ditangani berikutan kebimbangan terhadap kesan negatif pendedahan awal kepada peranti digital itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri, berkata penggunaan telefon pintar untuk mendiamkan atau menenangkan anak bukan sahaja menjejaskan emosi dan sosial mereka, malah berisiko mendedahkan kanak-kanak kepada kandungan tidak sesuai jika tidak dipantau sebaiknya.

“Malaysia sebenarnya telah mempunyai undang-undang dan peraturan berkaitan kawalan penggunaan peranti pintar dalam kalangan kanak-kanak, namun pelaksanaannya masih memerlukan pengukuhan melalui peningkatan kesedaran ibu bapa serta penglibatan pelbagai pihak.

“Isu ini bukan sekadar tentang teknologi, tetapi tentang perubahan budaya dalam mendidik anak-anak. Telefon tidak boleh dijadikan pengasuh. Ia harus digunakan secara terkawal dan berhemah,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Karnival Sambutan Hari Kanak-kanak di Kampung Sempadi di Lundu hari ini, lapor Bernama.

Nancy berkata langkah diambil Australia dengan melarang penggunaan telefon pintar dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah turut menjadi rujukan, namun Malaysia tidak perlu menggubal undang-undang baharu kerana peruntukan sedia ada sudah mencukupi.

“Tumpuan kini adalah untuk memperkukuh penguatkuasaan dan mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam mengurus penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img