JKDM rampas 104,544 liter minuman keras elak cukai

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyerbu sebuah gudang dan berjaya merampas sejumlah 104,544 liter minuman keras yang tidak berkastam di Lorong Ding Lik Kwong 31A3, Sibu, Sarawak pada Isnin lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Siti Mang berkata, serbuan pada jam 12.05 tengah malam itu dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM Ibu Pejabat dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sarawak serta Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (COBRA).

“Hasil serbuan mendapati enam kontena bersaiz 20 kaki yang diletakkan di atas treler, mengandungi minuman keras dipercayai barang larangan dianggarkan 104,544 liter.

“Pemeriksaan penuh ke atas kontena masih dijalankan untuk mengesahkan jumlah sebenar, nilai serta cukai yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Siti berkata, modus operandi sindiket itu adalah menyembunyikan kontena berisi minuman keras di gudang transit sebelum diedarkan, bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan atau memiliki barang tak berkastam atau barang larangan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img