RAKYAT Malaysia yang diselamatkan daripada banjir di Selatan Thailand terpaksa dibawa menggunakan kontena ke sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, langkah itu dilakukan kerana kawasan yang terlibat masih tidak boleh dilalui kenderaan ringan, bas atau lori.
Selain itu beliau beliau, kontena terpaksa digunakan kerana jalan dari Sadao ke Bukit Kayu Hitan terjejas teruk.

Mohamad berkata, banyak kontena yang digunakan bagi tujuan itu kerana jalan dari Sadao ke Bukit Kayu Hitam terjejas teruk akibat banjir.
“Jangan kalau ada yang mengadu nanti, minta maaf nak beritahu, kita gunakan kontena kerana lori dan bas tidak boleh lalu. Kita gunakan kontena, duduk ramai-ramai macam pemerdagangan manusialah agaknya, dibawa sampai ke Bukit Kayu Hitam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Wong Shu Qi (PH-Kluang) di Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamad berkata, usaha terus dilakukan untuk menyelamatkan semua rakyat Malaysia yang terkandas, termasuk semalam dan hari ini selepas hujan mula reda.
“Kita hantar beberapa bot bantuan daripada pihak berkuasa Thailand untuk selamatkan rakyat di tiga hotel, termasuk pelajar dan pensyarah universiti yang terperangkap. “(Sebelum ini) mereka tidak boleh diselamatkan menaiki bot kerana arus deras dan hotel ini berhampiran sungai,” katanya yang menasihatkan rakyat Malaysia yang berhasrat untuk ke Selatan Thailand menangguhkan hasrat itu.


