JPJ sita Ford Mustang tiada Lesen Kenderaan Motor

DUA kali ditahan oleh dua agensi penguat kuasa berbeza tetapi kesalahan sama. Itulah rekod yang berlaku kepada sebuah kereta Ford Mustang yang ditahan buat kali kedua dalam tempoh sebulan, kerana Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, sebelum ini kenderaan itu pernah disaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan sama.

‘’Semalam, kenderaan sama ditahan di pusat bandar raya. Siasatan mendapati lesen pemandu lelaki yang mendakwa seorang peguam berusia 27 tahun sudah tamat tempoh. Dia mendakwa dalam perjalanan pulang ke rumahnya ketika diperiksa sebelum ditahan.

“Kereta itu bukan miliknya sebaliknya individu lain, siasatan lanjut terhadap pemilik kereta itu mendakwa baru mengambil sebut harga untuk memperbaharui LKM,” katanya

Beliau berkata, kereta itu terpaksa disita untuk tindakan selanjutnya mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ Kuala Lumpur sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan dan memastikan kenderaan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img