Fahmi nafi Nurul Izzah letak jawatan Timbalan Presiden PKR

KETUA Penerangan Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan, dakwaan bahawa Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR adalah ‘berita palsu’.

Sehubungan itu beliau menafikan khabar angin tersebut.

“Berita palsu,” katanya ringkas kepada New Straits Times

Spekulasi mengenai dakwaan peletakan jawatan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mula tular di media sosial awal hari ini.

Nurul Izzah yang merupakan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2025–2028 dalam pemilihan parti tahun lalu.

Dalam pemilihan itu, Izzah menewaskan penyandang, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli, dalam pertandingan satu lawan satu dengan memperoleh 9,803 undi berbanding 3,866 undi.

Susulan kekalahan itu, Rafizi, yang ketika itu adalah Menteri Ekonomi, meletak jawatan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img