‘’Saya lelaki paling bertuah ’’ – kata Syed Saddiq selepas jadi tunang Bella

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 32, dalam majlis eksklusif, di sini hari ini.

Detik bersejarah itu dihadiri keluarga, rakan selebriti dan kenalan terdekat.

Suasana tampak lebih mempesona, apabila para tetamu hadir dalam busana rona kuning lembut ,menyerlahkan lagi konsep harmoni yang penuh keindahan.

Pada majlis itu, Bella tampil anggun dalam persalinan baju kurung moden rona biru pastel lembut lengkap dengan layah di kepala, lapor BuletinTV3

Bella secara rasmi menjadi tunangan kepada Syed Saddiq, selepas ibu Ahli Parlimen Muar itu, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz menyarungkan cincin ke jari manisnya.

Syed Saddiq dalam ucapannya menyifatkan beliau, jejaka paling bertuah kerana menjadi antara insan paling dekat yang melihat Bella sebagai wanita yang tidak kenal erti penat.

“Pada petang ini, saya berucap bukan sebagai Ahli Parlimen atau pembahas, tetapi sebagai lelaki yang bertuah di muka bumi ini.

“Semua dapat lihat di depan mata, tetapi saya hanya dalam kereta sahaja, namun, apa yang penting adalah pengakhiran. Saya bertuah kerana dapat melihat sisi berbeza dalam diri Bella yang tidak pernah kenal erti penat,’’ katanya

Dalam majlis itu, Syed Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran bertemakan ‘masa depan’ manakala Bella membalas dengan tujuh dulang hantaran bertemakan Gunung Kinabalu sebagai simbolik lamaran Syed Saddiq terhadapnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img