Kanak-kanak 12 tahun lemas terjatuh dalam loji air

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam loji air di Taman Widuri Indah di Seremban hari ini.

Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam loji terbabit ketika memancing.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.22 petang.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke dalam loji air tersebut.

“Mangsa berjaya ditemukan pada jam 2.49 petang menggunakan peralatan ‘grappling iron‘ dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Operasi tersebut melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Senawang dengan bantuan BBP Teluk Kemang menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img