Polis kenal pasti anggota dalam video MPV berhenti di restoran mamak

POLIS mengesahkan sudah mengenal pasti anggota yang terbabit dalam rakaman video tular memaparkan sebuah kereta peronda polis (MPV) yang berhenti di sebuah restoran mamak, di Sungai Buloh, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan dalaman sedang dijalankan bagi meneliti kejadian itu.

“Anggota tersebut telahpun dikenal pasti dan siasatan dalaman sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, media melaporkan polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu rakaman video tular memaparkan sebuah kereta peronda (MPV) milik pasukan itu yang berhenti untuk mengambil bungkusan di sebuah restoran mamak.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 12 saat itu dalam media sosial pada 7.50 malam yang memaparkan insiden di kawasan deretan kedai dalam daerah pentadbiran berkenaan.

Menurut beliau, rakaman itu menunjukkan seorang pekerja restoran menghampiri kenderaan MPV dengan kod kenderaan SL198 sebelum menyerahkan dua bungkusan plastik berwarna putih kepada pemandu kenderaan tersebut pada siang hari.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img