Kastam KL tahan lelaki simpan syabu bernilai lebih RM350,000 dalam kereta

SEORANG lelaki ditahan dan syabu bernilai lebih RM350,000 disimpan dalam sebuah kereta diparkir di kawasan pangsapuri Taman Desa Petaling, Selangor, dirampas baru-baru ini.

Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud, berkata sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerusi serbuan kira-kira 3 pagi menemui bungkusan dalam dua beg runcit berisi bahan berbentuk kristal disyaki syabu di tempat duduk belakang sebuah Perodua Bezza.

Menurutnya, syabu seberat 11.031kg bernilai RM352,992 itu dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang merupakan pemilik kenderaan ditahan untuk membantu siasatan, manakala kereta itu turut disita,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan suspek atau mengesan sama ada Perodua Bezza itu disewakan kepada individu lain.

Katanya, syabu itu dipercayai dibawa masuk dari negara lain sebelum dijual secara kecil-kecilan dan taktik menyimpan dadah dalam kereta di parkir awam bertujuan mengelak kecurigaan penduduk setempat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Orang ramai digesa terus menyalurkan maklumat bagi membantu Jabatan Kastam memerangi kegiatan penyeludupan termasuk rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img