PM berlepas ke Turkiye untuk lawatan rasmi hingga Rabu

PERDANA  Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas ke Turkiye untuk lawatan rasmi sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Anwar ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, serta delegasi Malaysia.

“Lawatan ini membuka ruang kerjasama lebih luas dalam pelbagai bidang berlandaskan nilai persahabatan dan saling menghormati yang telah terjalin sekian lama.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula hari ini hingga 8 Jan.

Pada lawatan itu, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan, selain bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi Malaysia-Turkiye.

Lawatan berkenaan mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Turkiye untuk mempertingkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun dan menyeluruh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img