Kekecohan Kampung Sungai Baru, tindakan tegas kepada mereka yang buat kacau – Ketua Polis KL

POLIS Kuala Lumpur memberi kata dua kepada pihak yang cuba mencetuskan provokasi sehingga mengganggu kelancaran operasi pengosongan di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, operasi berkenaan dilaksanakan mengikut perintah mahkamah dan pihaknya akan bertindak ‘very strict, very firm’.

“Dalam apa cara sekalipun, proses telah dilaksanakan dan hari ini adalah hari untuk pengosongan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau memberi amaran kepada pihak cuba timbulkan kekacauan dan mempunyai kepentingan lain.

“Saya akan ambil tindakan tegas kepada mereka-mereka ini,” tegasnya.

Tambah Fadil, Ketua Polis Daerah Dang Wang, Asisten Komisioner Suzilme Affendy Sulaiman yang mengalami kecederaan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, ketegangan yang berlaku didakwa berpunca daripada orang luar berdasarkan maklumat yang diperoleh.

“Keadaan sekarang terkawal, jika ada kekacau baru saya akan ambil tindakan serta-merta dan tiada tolak ansur,” ujarnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img