Shuhaily sahkan 18 anggota AKPS ditahan, ‘counter setting’ sudah berakar umbi

APABILA Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) , Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd menyatakan sindiket‘counter setting’ bukan baharu, sebaliknya sudah berakar umbi sebelum penubuhan agensi itu lagi ia menunjukan betapa teruknya tahap integriti segelintir penguat kuasa di pintu masuk negara.

Ia memandangkan Mohd Suhaily mengesahkan, daripada 27 orang yang ditahan kerana terlibat dengan sindiket tersebut 18 adalah anggota AKPS yang bertugas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Beliau percaya penglibatan anggota AKPS  yang ditahan dalam kegiatan ‘counter setting’ bukan baharu, lebih lama sebelum penubuhan AKPS lagi..

‘’”Wait and see outcome the investigation (tunggu dan lihat hasil siasatan yang sedang dijalankan),” katanya kepada wartawan pada Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan, di Kuala Lumpur hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS)  ditubuhkan pada 17 Oktober 2024 dan mula beroperasi pada Januari 2025.

Beliau berkata kegiatan ‘counter setting’ yang bertujuan melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur dan semuanya 18 anggota AKPS itu sudah direman

“Maklumat lanjut pihak SPRM akan keluarkan kenyataan, saya hanya sahkan mengenai pegawai AKPS (yang ditahan),” katanya.

Mohd Suhaily berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan itu bagi mengatasi gejala rasuah, sekali gus bersedia bekerjasama dalam membantu siasatan pihak berkenaan.

Sememangnya tindakan Mohd Suhaily adalah tepat kerana amalan rasuah yang melibatkan anggota AKPS di pintu masuk negara harus dibanteras habis-habisan.

Tidak kiralah berapa lamapun ia berakar umbi namun dengan kehadiran Mohd Suhaily tidak mustahil kegiatan jahat itu yang boleh menggugat keselamatan akan dapat dihapus.

Semalam media melaporkan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa ditahan reman kerana disyaki terbabit dengan sindiket ‘counter setting’ bagi melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur.

Permohonan reman dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam di Selangor; Mahkamah Majistret Ayer Keroh di Melaka; Mahkamah Majistret Seremban di Negeri Sembilan dan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img