‘’Keghairahan melampau sambut Trump memalukan Malaysia’’ – Muhyiddin

‘’Apatah lagi tindakan Perdana Menteri yang turut menari bersama Trump amat mengguris hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin” – Tan Sri MuhyiddIN

 TAN Sri Muhyiddin Yassin memandang serius sambutan keterlaluan yang diberikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sewaktu ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sambutan penuh kemeriahan, keceriaan dan simbolik yang berlebihan itu menimbulkan persoalan besar apakah Malaysia kini menilai maruah diplomatik berdasarkan status tetamu, bukan prinsip kemanusiaan?

‘’Seperti yang saya telah peringatkan di Dewan Rakyat tempoh hari, tidak wajar Trump diberikan sambutan meriah di bumi Malaysia tatkala rakyat Palestin sedang bermandi darah dan mati kebuluran di bumi Gaza,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, sambutan sedemikian memberi gambaran seolah-olah Malaysia begitu teruja meraikan kedatangan tokoh yang secara terbuka bersekongkol dengan rejim Zionis Israel melakukan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

‘’Apatah lagi tindakan Perdana Menteri yang turut menari bersama Trump amat mengguris hati seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin,’’ katanya.

Muhyiddin berkata, Perdana Menteri sering berapi-api mengutuk kekejaman Israel dan konco-konconya, namun, semangat itu tiba-tiba luntur digantikan dengan senyuman lebar dan sambutan hangat terhadap individu yang menyokong rejim Zionis Israel.

‘’Trump ialah simbol keangkuhan dasar luar Amerika Syarikat yang melindungi kekejaman rejim Zionis Israel. Menyambut tokoh seperti ini dengan keghairahan melampau adalah amat memalukan Malaysia,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img