Kejadian lubang bernam : Jalan Burma ditutup sementara

JALAN  Burma di Georgetown ditutup sementara hari ini, susulan kejadian lubang benam berhampiran simpang masuk ke Jalan Transfer.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan penutupan membabitkan kedua-dua arah dari Jalan Penang iaitu dari Komtar dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menuju ke Jalan Burma, bagi membolehkan kerja pembaikan segera dilakukan.

Susulan itu, pengguna jalan raya akan dilencongkan ke Jalan Lim Chwee Leong sepanjang tempoh pembaikan.

“Anggota warden trafik MBPP dan polis turut ditempatkan di lokasi bagi mengawal aliran lalu lintas,” menurut MBPP menerusi hantaran Facebook.

MBPP menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img