Kemelut Perlis mesti ditangani penuh matang demi kepentingan rakyat, kestabilan negeri – Hamzah

SEGALA keputusan  dan pendirian politik berikut kemelut di Perlis  harus berpaksikan kepentingan rakyat, negeri dan demi kestabilan jangka panjang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Oleh itu dalam satu kenyataan Timbalan Presiden Bersatu berkata, semua pihak perlu bertenang memandangkan isu berkenaan mesti ditangani dengan penuh kematangan.

‘’ Rakyat menaruh keyakinan penuh bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis akan menggunakan kebijaksanaan dan kuasa prerogatif baginda selaras dengan Perlembagaan Negeri, bagi menentukan pelantikan Menteri Besar baharu,’’ katanya.

 Hamzah membuat kenyataan itu ketika situasi politik di Perlis semakin panas berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Ke-11.

Walaupun beliau berbuat demikian atas sebab kesihatan  namun keputusan itu dikatakan ada kaitan dengan tindakan lapan ADUN iaitu lima daripada Bersatu dan tiga daripada Pas menandatangani akuan bersumpah menarik sokongan terhadap Mohd Shukri.

Pada masa sama, Pas melalui Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Preside Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Bersatu mengambil tindakan ke atas lima ADUN Bersatu tersebut.

 Ia berikutan langkah tiga ADUN tersebut menyebabkan mereka gugur keahlian Pas sekaligus kehilangan kerusi DUN yang disandang berdasarkan kepada Enakmen Tubuh Negeri Perlis.,

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, keutamaan adalah bagi memastikan Kerajaan Negeri Perlis terus berfungsi dengan aik dan dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada kebajikan serta keperluan rakyat, selaras dengan mandat dan harapan yang diberikan kepada Perikatan Nasional pada PRU15.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img