BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dalam kes 1MDB oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.28 bilion dana 1MDB, yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank miliknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.
Seramai 50 saksi memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan, yang mengambil masa selama 253 hari perbicaraan bermula dari 28 Ogos 2019 sehingga 30 Mei 2024.
Semasa peringkat pembelaan, peguam Najib memanggil 26 saksi untuk menyokong kes beliau.
Perbicaraan peringkat pembelaan bermula pada 2 Disember tahun lalu dan berakhir pada 6 Mei.
BERITA LANJUT MENYUSUL


