Ujian setia kawan… Hadi minta Bersatu bertindak ke atas lima ADUN di Perlis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui krisis politik di Perlis adalah  ujian kesetiaan dalam hubungan Pas dan Bersatu.

Sehubungan itu beliau berharap sebagaimana Pas bertindak terhadap tiga ADUNnya, maka Bersatu juga akan berbuat demikian terhadap lima ADUN Bersatu.

Beliau berkata, keadaan sama seperti mana Speaker DUN Kelantan telah bertindak ke atas ADUN Nenggiri daripada Bersatu ketika parti itu mengalami kemelut,,oleh itu kini parti tersebut juga atas setiakawan perlu melakukan sedemikian.

“Jadi bila kita tarik ni keahlian ahli kita, dia (Bersatu) pun kena tariklah keahlian (mereka itu),” kata pada sidang media di Rusila yang disiarkan oleh media sosial Pas hari ini.

Bagaimanapun kata beliau, segalanya terpulang kepada Bersatu tetapi Abdul Hadi turut  mengingatkan dalam setia kawan sepatutnya sama-sama bertahan, bukan menjatuhkan.

‘’Tetapi kita oleh menghukum keadaan di Perlis sebagai mewakili Bersatu secara keseluruhan, dalam Bersatu pun ada pandangan berbeza,’’ katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang yakin kemelut di negeri tidak mengurangkan sokongan rakyat kepada parti itu sebaliknya  menerima banyak maklum balas yang menyokong Pas terus menerajui Perlis.

Mengenai hasrat bekas ADUN Pas yang gugur mahu membuat rayuan, Abdul Hadi berkata, mereka berhak berbuat demkian tetapi terserah kepada Pas untuk menerima atau tidak.

Beliau mengingatkan bahawa mereka telah berbaiah dengan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” untuk melaksanakan semua arahan parti selagi ia tidak bertentangan dengan hukum Islam.

‘’Tetapi mereka melawan arahan parti yang tidak bercanggah hukum Islam, oleh itu rayuan mereka tidak akan diterima parti.

Abdul Hadi juga memaklumkan Pas  yang masih memiliki kerusi majoriti ADUN di Perlis, telah mengemukakan nama untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perlis menggantikan Mohd Shukri Ramli.

Beliau berkata, Pas ketika ini masih lagi mengatasi kedudukan yang ada iaitu dengan enam kerusi, berbanding lima lagi dimiliki rakan sekutunya Bersatu dengan lima kerusi.

Selain itu katanya Pas bersedia menghadapi sama ada PRK mahupun PRN berikutan kemelut yang berlaku.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img