Kes bunuh jurujual wanita: Dua lelaki akan didakwa esok

DUA lelaki yang disiasat berhubung kes penemuan mayat jurujual wanita yang dibunuh dalam keadaan tangan berikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan pada 29 Oktober lalu akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Selangor.

“Polis telah menerima arahan untuk menuduh dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dijadualkan pada jam 8 pagi, esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkatnya serta rakan serumah wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ampang dan kedai serbaneka di Bukit Bintang, ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu.

Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img