Wanita maut dalam nahas lima kenderaan

TINDAKAN seorang pemandu van memandu di laluan bertentangan mengakibatkan seorang penumpang kereta wanita maut dalam nahas membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 33.5. Jalan Muar-Segamat berhampiran Taman Sentosa di Tangkak, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 pagi itu, lima buah kenderaan terlibat iaitu masing-masing sebuah Perodua Viva, Perodua Myvi, van Toyota Hiace, Toyota Vios serta sebuah kenderaan pikap.

Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian berusia 56 tahun manakala pemandu dan seorang lagi penumpang Perodua Viva dan Myvi masing-masing berusia 14 dan 65 tahun cedera manakala pemandu van, Toyota Vios dan pikap tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, wanita yang maut dalam nahas itu ada penumpang Perodua Myvi.

Katanya, siasatan awal mendapati nahas berlaku disebabkan sebuah van dipandu lelaki berusia 29 tahun memasuki laluan bertentangan.

“Akibatnya van terbabit merempuh tiga kenderaan termasuk yang dinaiki mangsa sehingga menyebabkan salah seorang maut di lokasi nahas.

“Semua pemandu dan penumpang kenderaan lain cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Tangkak untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Siasatan masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Khairul Azmi Ibrahim di talian 011-1244 5836 bagi membantu  siasatan,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img