Krisis Bersatu: Saifuddin jangkakan Hamzah bakal dipecat

BEKAS pemimpin Bersatu yang pernah dipecat, Datuk Saifuddin Abdullah menjangkakan pucuk pimpinan parti itu bakal memecat Datuk Seri Hamzah Zainudin susulan notis panggilan kali kedua yang dikeluarkan Lembaga Disiplin parti terhadap Timbalan Presiden itu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota yang dipecat pada 6 Januari lalu itu berkata, tindakan berkenaan tidak mengejutkan kerana sebelum ini wujud desakan daripada penyokong Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu Ahli Parlimen Larut itu dipecat.

“Sebelum ini memang ada desakan daripada penyokong Muhyiddin yang mahu Hamzah dipecat.

“Saya jangka begitu (dipecat). Lagipun sebelum ini ramai telah dipecat melalui cara yang sama, sedangkan Lembaga Disiplin tidak menjalankan prosiding dengan betul,” katanya hari ini, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, Hamzah dilaporkan bakal dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kekecohan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) serta serangan terhadap Muhyiddin.

Ketua Pembangkang itu dijadualkan memberi keterangan pada Khamis ini, jam 12 tengah hari di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.

Dalam pada itu, Saifuddin menegaskan tindakan penyokong Muhyiddin yang berselindung di sebalik Lembaga Disiplin disifatkan sebagai drakonian dan berpotensi menyebabkan parti itu reput dari dalam.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img