Empat nelayan ditahan Maritim Malaysia bersama 300kg ikan bernilai RM400,000

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan empat nelayan lelaki dan merampas 300 kilogram pelbagai jenis ikan bernilai RM400,000 selepas memeriksa sebuah bot nelayan tempatan di sekitar perairan Selangor semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 11.20 pagi dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Perikanan Selangor di kedudukan 8.4 batu nautika barat daya Sungai Besar.

“Dalam pemeriksaan itu, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong lelaki tempatan berusia 50 tahun bersama tiga awak-awak warga asing berumur antara 39 hingga 51 tahun, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri.

“Hasil pemeriksaan lanjut turut mendapati, bot itu melanggar syarat sah lesen di bawah Akta Perikanan 1985, termasuk penggunaan mata pukat kurang 38 milimeter serta menggaji warga asing tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Muhaimin berkata, kesemua kru bersama bot dan hasil rampasan dipercayai dilakukan secara tidak sah itu diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img