Larangan kenderaan berat guna jalan raya pada 19-20 Mac, 28-29 Mac sempena Aidilfitri

KEMENTERIAN Pengangkutan (MoT) menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan larangan ke atas kenderaan berat menggunakan jalan raya pada 19 dan 20 Mac, iaitu sebelum Aidilfitri, serta 28 dan 29 Mac selepas perayaan itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke Atas Kenderaan Barangan (Road Ban) selama empat hari itu mengambil kira peningkatan trafik ketara kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

“Menjelang Aidilfitri, kita sering berdepan dengan peningkatan mendadak kemalangan jalan raya yang meragut nyawa akibat kecuaian dan kegagalan merancang perjalanan.

“Justeru, MoT akan melaksanakan Road Ban terhadap kenderaan berat pada 19 hingga 20 Mac dan 28 hingga 29 Mac sempena Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan, Paduan Kasih MADANI dan Ihya Ramadan Kementerian Pengangkutan 2026 di Putrajaya hari ini.

Anthony berkata, JPJ akan memantau sektor pengangkutan darat dengan lebih kerap bagi memastikan aspek keselamatan dan pematuhan undang-undang jalan raya berada pada tahap tinggi.

Beliau turut menggesa rakyat mengutamakan pengangkutan awam, manakala pemandu kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman supaya mematuhi peraturan jalan raya dan mengutamakan keselamatan ketika memandu.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img