Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar sudah ditemui – Polis

POLIS mengesahkan sudah menemui anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu, tengah hari tadi.

Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan anggota terbabit.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, menemui anggota terbabit dalam keadaan selamat, tanpa sebarang kesan kecederaan.

“Setakat ini, kita sedang meneliti punca sebenar kehilangannya,” katanya memetik laporan BH Online.

Difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara, dibenarkan pulang bersama peserta lain pada 22 Ogos lalu.

Semua peserta kursus diarahkan melapor diri semula pada 25 Ogos lalu namun dia gagal berbuat demikian sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img