Lelaki didakwa cuba bunuh anggota polis di R&R Behrang

SEORANG  lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh empat anggota polis, Sabtu lepas.

Mohd Ameerul Asraf Mohd Saipul, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat Behrang arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan pada kira-kira 11 pagi 20 Sept lepas sehingga menyebabkan keempat-empat anggota polis cedera mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izzuddin Fakri Hamdan tidak menawarkan sebarang jaminan selepas mengambil kira kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh manakala peguam Nur Shaqira Ibrahim memohon agar jaminan diberikan kerana ia bukanlah satu kesalahan yang tidak boleh diikat jamin, lapor Bernama.

Beliau turut memaklumkan mahkamah bahawa Mohd Ameerul Asraf adalah penanggung utama keluarganya, tidak mempunyai pendapatan tetap, bekerja sendiri dan memiliki lima anak berusia dua hingga sembilan tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta menetapkan 31 Okt ini sebagai sebutan semula kes.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img