Lelaki dikhuatiri lemas, perahu terbalik di Sungai Batang Rajang

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas perahu yang dinaiki bersama empat rakannya terbalik dan karam di Sungai Batang Rajang di Kapit, Kuching, pada malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Brando Jawi Mamba, 25, dilaporkan hilang selepas perahu yang mereka naiki dipukul ombak kuat ketika dalam perjalanan di sungai berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, berdasarkan maklumat saksi, ketika kejadian, mangsa bersama empat rakannya menaiki perahu kayu dari Rumah Panjang Bunsi, Kampung Atas Kubu, Jalan Sri Baleh menuju ke tempat kapal berlabuh di jeti berhampiran pasar malam Kapit.

Bagaimanapun katanya, difahamkan perahu dipercayai gagal dikawal sebelum dipukul ombak kuat menyebabkan ia terbalik dan karam.

“Tiga lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam perahu itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai,” katanya.

Menurutnya, beberapa rakan yang berada di lokasi berusaha mencari mangsa sejurus kejadian, namun mangsa gagal dikesan.

Beliau berkata, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang hari ini.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan membabitkan empat anggota bomba menggunakan bot aluminium melalui laluan sungai bagi mengesan mangsa yang hilang,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img