Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari Jambatan Link Kedua

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer 1.3 Jambatan Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala ke Singapura, di Iskandar Puteri sejak malam tadi.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Hairulnizam Mohd Noh dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.35 malam.

Menurutnya, sebaik sahaja menerima maklumat, sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama tujuh anggota dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.

“Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian pada jam 8.49 malam, didapati seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai terjatuh dari jambatan CIQ yang menghubungkan Johor ke Singapura.

“Anggota bomba kemudiannya menjalankan pencarian permukaan (surface searching) di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.

Sehingga kini, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan di lokasi kejadian, katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img