Lelaki maut disangka jatuh pokok rupanya terkena tembakan

SEORANG lelaki yang pada mulanya dipercayai maut akibat terjatuh dari pokok ketika memburu di Hutan Simpan Stesen Safoda, Ulu Kukut, di Kota Belud semalam bagaimanapun disyaki akibat terkena tembakan.

Dalam kejadian jam 7.17 malam itu, mangsa berusia 44 tahun ditemukan terbaring kira-kira 5.2 kilometer dari Pejabat Ladang Safoda.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan MERS 999 sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan yang disyaki akibat kesan tembakan.

“Mangsa sebelum itu keluar memburu bersama seorang lelaki berusia 35 tahun pada awal hari kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Belud untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi malam ini, lapor Harian Metro.

Menurutnya, polis sudah menahan rakan mangsa iaitu lelaki yang keluar memburu bersamanya untuk siasatan lanjut.

“Dalam temu bual awal, suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit,” katanya yang memaklumkan selaras senapang jenis bakakuk serta beberapa barangan berkaitan dirampas untuk tindakan lanjut.

Katanya, permohonan reman sudah dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img