Lelaki maut kereta dinaiki bertembung BMW di Marang

SEORANG lelaki  maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Marang – Bukit Payong dekat Bukit Kor, Marang hari ini.

Muhamad Fadhil Ahmad, 34, yang memandu kereta jenis Proton Wira, disahkan meninggal dunia dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Bukit Payong untuk pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Dua.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu lelaki berusia 58 tahun bersama seorang penumpang wanita berumur 26 tahun.

“Pemandu dan penumpang BMW berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan kerja di Marang.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img