Lelaki mengaku tidak bersalah tipu syarikat untuk pindahkan RM1 juta

SEORANG lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdayakan sebuah syarikat untuk  memindahkan RM1 juta selepas didakwa menggunakan penyata bank palsu untuk mendapatkan ‘pinjaman’.

Tertuduh, Tang Ser Chiew, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Shakirah Mohtarudin, lapor FMT.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ser Chiew yang bertindak sebagai ejen pinjaman didakwa telah memperdaya pengurus D2D Bizhub Sdn Bhd, Lee Chun Yong di sebuah kondominium di Cheras pada 5 Disember tahun lalu dengan memperdayakannya berhubung satu transaksi bagi mendapatkan pinjaman RM1 juta daripada syarikat itu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui penggunaan penyata akaun bank OCBC atas nama Furnish Master Trading Sdn Bhd, yang didakwa tidak sepadan dengan rekod bank.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, denda serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Februari depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Razak manakala tertuduh diwakili peguam Asmawi Ismail.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img