Jasad adik Muhammad Zarif ditemukan terdampar tepi pantai

KANAK-KANAK lelaki, Muhammad Zarif Mohd Hazahari, 4, yang dikhuatiri lemas sejak petang Jumaat lalu, ditemui terdampar di pantai, pukul 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor mengesahkan mayat anak kelima daripada enam beradik itu ditemui kira-kira enam kilometer dari lokasi asal mangsa dilaporkan hilang iaitu di Pantai Sauh, Batu Rakit.

​”Kanak-kanak mangsa lemas telah ditemui oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung. Lokasi penemuan adalah lebih kurang enam kilometer dari tempat kejadian asal,” katanya menerusi satu kenyataan ringkas hari ini.

​Media sebelum ini melaporkan, Zarif yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan, bersama ibu saudaranya dan empat kanak-kanak lain pergi ke kawasan pantai untuk melihat ombak dan bermain pasir.

Bagaimanapun, ketika sedang membasuh kaki di gigi air untuk pulang ke rumah, mangsa ditarik ombak besar ke tengah laut sebelum hilang daripada pandangan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img