Liverpool menang 2-1 lawan 9 pemain Spurs, Slot tetap gembira

ARNE Slot berkata terdapat “banyak perkara positif” tentang prestasi Liverpool walaupun mereka terpaksa mengharungi penamat yang mendebarkan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Tottenham yang beraksi dengan sembilan pemain.

The Reds bermain lebih sejam dengan kelebihan jumlah pemain selepas Xavi Simons dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama akibat terjahan berbahaya ke atas Virgil van Dijk.

Liverpool memanfaatkan tekanan itu pada minit ke-56 apabila pemain gantian separuh masa, Alexander Isak, meletakkan mereka di hadapan dengan penyudah tenang, namun pemain Sweden itu terpaksa dikeluarkan serta-merta selepas itu akibat kecederaan.

Hugo Ekitike kemudian menggandakan kelebihan Liverpool 10 minit kemudian apabila menanduk masuk hantaran lintang Jeremie Frimpong yang terkena defleksi, selepas melonjak tinggi mengatasi Cristian Romero.

The Reds dikejutkan apabila Richarlison menghidupkan harapan kebangkitan lewat perlawanan tujuh minit sebelum tamat, namun momentum itu segera terhenti apabila kapten Spurs, Romero, menerima kad merah pada masa kecederaan selepas mengutip kad kuning kedua.

Mengulas prestasi pasukannya, Slot mengakui detik-detik akhir perlawanan membuatkannya kecewa, namun beliau menegaskan kepentingan meraih tiga mata.

“Dalam bola sepak, anda sentiasa mengingati beberapa minit terakhir, dan itulah minit paling buruk sepanjang perlawanan kami. Jika saya boleh bertenang sedikit dan melupakan perkara itu, saya rasa terdapat banyak perkara yang boleh dibanggakan tentang prestasi kami,

“Saya sudah banyak kali berdiri di sini, menyukai prestasi pasukan tetapi gagal mendapatkan tiga mata. Kali ini, untuk sebahagian besar perlawanan, saya menyukai prestasi kami dan kami memperoleh tiga mata,’’ ,” kata Slot kepada Sky Sports.

Liverpool kini telah memenangi 35 perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham,  menewaskan West Ham United (38) dan Newcastle United (37).

The Reds juga telah menjaringkan 127 gol liga menentang Spurs, jumlah terbanyak mereka menentang mana-mana lawan, setaraf Newcastle.

Apabila ditanya punca penamat perlawanan yang begitu kelam-kabut, Slot menambah: “Kami tidak mengekalkan penguasaan bola apabila memilikinya.

“Kami sering menendang bola keluar, mereka mendapat beberapa sepakan percuma, lontaran ke dalam dan sepakan penjuru. Ia menjadi sangat kacau dan kelam-kabut. Secara keseluruhan, kami mengawal permainan dengan baik. Enam perlawanan tanpa kalah, empat kemenangan dan dua seri.

“Kami masih belum sempurna, tetapi kedua-dua penyerang utama kami menjaringkan gol. Sekali lagi, banyak perkara positif boleh diambil daripada perlawanan ini.

“Dalam Liga Perdana Inggeris, tiada perlawanan yang membosankan. Jika pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain, pemain sayap sangat penting. Sebab itulah Jeremie [Frimpong] yang mencipta gol kedua melalui aksinya.”

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img