Lonjakan 500 peratus penyertaan TVET, pesara ATM disasar gaji RM5,000

PENYERTAAN dalam program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara mencatat peningkatan sebanyak 500 peratus menunjukkan satu perkembangan yang memberangsangkan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selepas meneliti hasil Mesyuarat Majlis TVET Negara kali ke-10 yang diadakan pada 5 Mac lalu.

Menurutnya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut membincangkan beberapa inisiatif memperkukuh program TVET.

“Antara usaha yang sedang dilaksanakan termasuk program TVET khusus bagi bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dengan seramai 100 individu akan diserap ke sektor logistik dengan tawaran gaji sehingga RM5,000,” katanya pada sidang media mingguan pasca Mesyuarat Jemaah Menteri, Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, sambutan Hari TVET Negara 2026 dijadualkan berlangsung dari 5 hingga 7 Jun ini di Dataran Putrajaya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img