Lori terbabas, dua maut tercampak ke bawah  lebuh raya di Kuala Lumpur

DUA  lelaki maut, tercampak ke bawah Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) selepas lori treler dinaiki terbabas berhampiran Kilang Ceramic Pro, Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGO KL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8.55 malam dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu bergegas ke lokasi membabitkan kekuatan sembilan anggota.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nur Zahela Mohamad Zainal berkata, setibanya pasukan, didapati berlaku kemalangan membabitkan lori treler.

“Lori tersebut telah melanggar batu penghadang konkrit yang mengakibatkan dua mangsa lelaki tempatan iaitu pemandu dan kelindan tercampak ke bawah lebuh raya,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik ambulans Kementerian Kesihatan.

“Kerja-kerja mengangkat mangsa dilakukan dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau juga berkata, dalam masa sama berlaku kemalangan melibatkan kren yang melakukan kerja di tapak pembinaan berhampiran.

“Terdapat seorang mangsa lelaki warga Pakistan cedera di kaki dan telah diberikan rawatan awal oleh anggota paramedik sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, ‘’katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img