Mahkamah benarkan Abu Sahid dapat pelepasan pasport sementara daftar anak di universiti London

MAHKAMAH  Sesyen Kuala Lumpur membenarkan permohonan Pengerusi Eksekutif Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, diberikan pelepasan pasport sementara bagi urusan perjalanan ke United Kingdom (UK).

Abu Sahid, 74, sedang dibicarakan atas lima pertuduhan pecah amanah jenayah dan 13 pertuduhan pengubahan wang berkaitan projek pembinaan sambungan Lebuhraya Maju (MEX).

Hakim Suzana Hussin membenarkan beliau mendapat pasportnya selama 17 hari, bermula 12 Jan untuk ke UK bagi mendaftarkan anak perempuan di sebuah universiti di London.

Beliau memerintahkan agar Abu Sahid memulangkan semula pasport kepada mahkamah selewat-lewatnya 30 Jan.

Pada perbicaraan, mahkamah turut menolak permohonan pihak pendakwaan menghalang Abu Sahid menggunakan akaun bank miliknya di UK. Peguam Jasbeer Singh Kaur mewakili Abu Sahid.

Abu Sahid, yang dikecuali menghadiri prosiding hari ini memohon kepada mahkamah untuk pelepasan sementara pasport, pada minggu lalu. Pasport berkenaan kekal ditahan mahkamah sehingga pelupusan kesnya.

Pertuduhan pecah amanah jenayah yang dihadapi melibatkan RM458 juta, manakala kesalahan pengubahan wang pula melibatkan RM139 juta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img