Mahkamah keluarkan waran tangkap terhadap dua pegawai imigresen gagal hadir kes rasuah

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah memperoleh perintah waran tangkap terhadap dua orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia kerana kegagalan mereka menghadirkan diri untuk didakwa atas kes rasuah.

Menurut sumber, perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail selepas pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Chan Lee Lee dan Ameera D’Aneez Mohd Shukari memohon satu waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Sebelum itu, peguam kedua-dua tertuduh, Saleh Tukimin memberitahu mahkamah kedua-dua anak guamnya dalam tempoh cuti sakit di mana seorang mengalami slip disc dan seorang lagi mengalami masalah tiroid.

“Susulan itu, mahkamah kemudian menetapkan pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dilakukan sebelum 25 Februari depan,” katanya.

Sebelum ini, pertuduhan kali pertama untuk kedua-dua tertuduh telah ditetapkan pada 21 Januari bagaimanapun kedua-duanya gagal hadir dan mahkamah telah menetapkan 5 Februari iaitu semalam untuk pertuduhan kali kedua.

Kedua-dua tertuduh sepatutnya didakwa dengan kes berkaitan perbuatan rasuah yang didakwa berlaku pada 22 September 2024 di Pejabat Imigresen Terminal Pasir Gudang, Johor, apabila kedua-duanya disyaki secara bersama telah menerima wang berjumlah RM100 sebagai dorongan untuk tidak menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap dokumen perjalanan seorang warga Indonesia.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut dan berkata, kes tersebut disiasat di bawah  Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img