Malaysia hargai sokongan rakan ASEAN ketika harungi cabaran dunia yang tidak menentu – PM

MALAYSIA menghargai sokongan daripada negara serantau ketika memikul amanah Kepengerusian ASEAN 2025 di saat dunia berdepan keresahan dan ketidaktentuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rantau ini memilih untuk kekal berpaut pada semangat kebersamaan, dialog dan saling menghormati.

Menurut beliau, selaku Pengerusi ASEAN 2025, Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 dan Ke-47 menjadi ruang penting untuk menyatukan pandangan serta merapatkan jurang antara negara anggota dalam menghadapi pelbagai cabaran serantau dan global.

“Tahun ini turut mencatat detik bersejarah apabila Timor-Leste diterima sebagai keluarga baharu ASEAN,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut menyertakan video memaparkan detik-detik bersejarah negara sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Anwar turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh sahabat ASEAN serta pimpinan dunia yang hadir dengan kebijaksanaan dan keikhlasan demi kestabilan serta masa depan bersama rantau ini.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan dan layanan mesra yang dihulurkan kepada tetamu sepanjang tempoh kepengerusian itu.

“Kepengerusian ini mengangkat Malaysia sebagai rakan yang diyakini dalam usaha mengekalkan keamanan, kestabilan dan harapan di rantau ini. Semoga ia berkekalan, insya-Allah,” kata beliau.

Ini kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN sejak penubuhan blok serantau itu pada 1967 selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Filipina mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN daripada Malaysia pada 2026.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img