Malaysia-Singapura zahir kebimbangan serius penutupan Selat Hormuz

MALAYSIA dan Singapura menzahirkan kebimbangan serius terhadap penutupan Selat Hormuz serta serangan ke atas infrastruktur kritikal susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan berkenaan dicapai melalui perbualan telefon dengan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong bagi membincangkan perkembangan terkini konflik di Asia Barat, yang kesannya semakin meruncing dan menghimpit seluruh dunia, termasuk negara-negara di Asia Tenggara.

Beliau berkata , penutupan Selat Hormuz serta serangan terhadap infrastruktur kritikal boleh menggugat kestabilan pasaran minyak dunia dan keselamatan tenaga serantau, khususnya di Asia Tenggara.

“Malaysia menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan, di samping menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan,” kata beliau.

Anwar berkata beliau dan Wong turut senada bahawa segala pertikaian harus diselesaikan melalui dialog dan saluran diplomatik.

“Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan, keadilan dan kestabilan di Asia Barat,” kata Perdana Menteri.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img