Marhamah angkat sumpah Senator, ibu Zara Qairina ucap tahniah

PENCERAMAH agama, Marhamah Rosli, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hari ini.

Awang Bemee dalam ucapan alu-aluan berkata lantikan baharu itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut peruntukan Perkara 45(1)(b) Perlembagaan Persekutuan, dan berkuat kuasa mulai hari ini hingga 15 Disember 2028 selaras Perkara 45(3) dan 45(3A).

“Bagi pihak Dewan Negara diucapkan setinggi tahniah kepada Senator atas pelantikan ini, selamat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dan selamat berkhidmat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan dalam barisan Kabinet Kerajaan MADANI yang antara lain menyaksikan pertukaran portfolio beberapa menteri dan timbalan menteri selain pelantikan beberapa muka baharu sebagai timbalan menteri.

Sementara itu, Ibu kepada Zara Qairina Mahathir, yang selama ini mendapat sokongan padu daripada Marhamah, mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

Noraidah Lamat, 45, menzahirkan penghargaan itu menerusi hantaran di Facebook, sambil mengimbas jasa dan sokongan yang diberikan Marhamah sepanjang tempoh sukar yang dihadapinya.

“Alhamdulillah. Tahniah puan, banyak jasa puan ini kepada saya. Hanya Allah SWT  yang mampu membalasnya,” katanya

Noraidah berkata  perjuangan menuntut keadilan buat anaknya masih diteruskan, dengan laungan #JusticeForZara yang menurutnya terus bergema dan tidak pernah terpadam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img