MALAYSIA Airlines membatalkan beberapa penerbangan ke dan dari Doha), Jeddah dan Madinah hari ini dan esok sebagai langkah berjaga-jaga susulan penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat berikutan serangan udara Israel-Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.
Dalam kenyataan hari ini, cMalaysia Airlines penerbangan yang terjejas adalah MH160 (ke Doha), MH156 (ke Jeddah), MH158 (Madinah), MH159 (Madinah ke Kuala Lumpur), MH161 (Doha ke Kuala Lumpur), MH164/MH165 (Doha ke Kuala Lumpur) serta MH157 (Jeddah ke Kuala Lumpur).
“Penumpang yang terjejas sedang dimaklumkan dan dibantu dengan pengaturan perjalanan alternatif. Penerbangan ke destinasi yang terjejas kekal digantung sementara menunggu penilaian keselamatan,” kata kenyatan itu
Syarikat penerbangan itu turut menasihatkan penumpang supaya mengemas kini butiran perhubungan menerusi ‘My Booking’ bagi menerima maklumat terkini.
Bantuan juga disediakan melalui Live Chat di laman sesawang syarikat atau Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di talian 1 300 88 3000 (Malaysia) atau +603 7843 3000 (antarabangsa).
Sementara itu, penerbangan MH4 Kuala Lumpur (KUL)–London (LHR) dan MH20 Kuala Lumpur (KUL)–Paris Charles de Gaulle Airport (CDG) kekal beroperasi mengikut jadual ketika ini melalui laluan alternatif merentasi ruang udara Afghanistan yang jauh dari zon konflik terjejas.
“Malaysia Airlines akan terus memantau perkembangan semasa dan mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai. Keselamatan penumpang dan kru kekal menjadi keutamaan tertinggi kami,” kata kenyataan tersebut.


