Mayat mangsa kepala air akhirnya ditemukan di Sungai Kandis, Shah Alam

SELEPAS lima hari dihanyutkan arus deras kepala air Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur, mayat seorang lelaki akhirnya ditemukan di kawasan perangkap sampah di Sungai Kandis, Shah Alam.

Mayat lelaki berkenaan, K Sureh, 37,  dijumpai kira-kira jam 10.30 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam ketika dihubungi Sinar Harian berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat.

Sazalee berkata, satu sidang akhbar akan diadakan bagi memberikan butiran lanjut berhubung penemuan itu.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Kebangsaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan.

Katanya, bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang dijumpai di kawasan perangkap sampah sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Pihak polis telah mengesahkan mayat ialah mangsa yang telah dilaporkan hanyut di Sungai Klang semasa kejadian banjir di Pintasan Saloma, Kampung Baru, Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam kejadian pada jam 5.40 petang itu, Suresh yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma selepas terperangkap di bawah jambatan.

Seramai 11 pekerja pembinaan lain bagaimanapun berjaya diselamatkan JBPM.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img