Motjaba ingatkan negara Asia Barat sekutu AS ”hati-hati janji palsu yang pihak jahat”

‘’ KAMU sedang menyaksikan satu keajaiban. Jadi lihatlah dengan betul dan fahamilah dengan baik, berdirilah di tempat yang betul, dan berhati-hatilah dengan janji palsu oleh pihak yang jahat.’’

Itulah pesanan yang disampaikan oleh Pemimpin Tertinggii Revolusi Islam, Ayatollah Seyed Motjaba Khameini dalam ucapan sempena genap 40 hari bapanya Aytollah Ali Khameini dibunuh oleh Israel kepada negara-negara Asia Barat yang bersekutu dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel.

 Seyed Motjaba berkata, Iran masih menunggu respons sewajarnya daripada negara-negara berkenaan bagi membolehkan negaranya  dapat menunjukkan persaudaraan dan niat baik terhadap mereka.

“Ini tidak akan tercapai melainkan kamu menjauhkan diri daripada kuasa-kuasa angkuh yang tidak pernah melepaskan peluang untuk merendahkan dan mengeksploitasi kamu. Ini adalah sesuatu yang semua mesti tahu: dengan izin Tuhan, kami tidak akan membiarkan para penjenayah yang menyerang negara kami tidak dihukum,’’ katanya.

Ayatollah Seyed Motjaba Khameini

Beliau menegaskan, “Kami pasti akan menuntut pampasan bagi setiap kerosakan yang ditimbulkan, diyat para syahid, dan diyat bagi yang cedera dalam perang ini. Kami juga pasti akan membawa pengurusan Selat Hormuz ke tahap baharu.”

 “Kami tidak mencari perang, dan tidak pernah mencarinya, tetapi kami tidak akan meninggalkan tuntutan yang sah kami,’’ katanya.

Beliau juga menyeru rakyat Iran supaya kekal bersatu dan menjaga diri dalam masa yang mencabar ini.

“Pada tahap ini, ketika kita bergerak ke arah mencapai apa yang menjadi hak kita, saya menggesa semua rakyat supaya saling menyokong untuk mengurangkan tekanan kekurangan semula jadi akibat perang.

“Sudah tentu, kekurangan ini jauh lebih teruk di pihak musuh, dan berkat usaha saudara dan saudari kita dalam kerajaan serta institusi lain, ia telah diuruskan dengan sebahagian besarnya,’’ kata beliau.

 Motjaba turut memberi amaran terhadap pengaruh propaganda musuh, dengan berkata “adalah penting untuk kita melindungi telinga kita, tingkap kepada minda dan hati kita, daripada media yang sama ada dikawal oleh musuh atau berpihak kepada mereka”.

“Media-media ini tidak menginginkan kebaikan untuk negara kita, dan ini telah terbukti berkali-kali. Oleh itu, kita harus sama ada mengelakkan mereka sepenuhnya atau mendekati kandungan mereka dengan keraguan yang tinggi,” katanya.

Beliau menyifatkan kematian Ayatollah Khamenei sebagai salah satu tragedi terbesar yang menimpa Iran, membandingkannya dengan salah satu kehilangan negara yang paling berat dalam sejarah moden.

“Empat puluh hari telah berlalu sejak salah satu jenayah terbesar yang dilakukan oleh musuh Islam dan Iran, dan salah satu kesedihan awam paling berat dalam sejarah negara ini,” katanya.

Motjaba  menegaskan bahawa pengaruh Ayatollah Khamenei, jauh daripada berkurang akibat kesyahidannya, malah semakin kuat.

Imej simbolik genggaman tangan Ayatollah Khamenei semasa pembunuhannya kini menjadi lambang bagi rakyat Iran dan ramai di seluruh dunia yang mendambakan keadilan dan kebenaran, tambahnya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img