NGO salahguna dana awam: SPRM buka tiga kertas siasatan – Azam Baki

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tiga kertas siasatan bagi tempoh 2023 hingga 2026 membabitkan dakwaan penyalahgunaan dana awam oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk koperasi dan beberapa syarikat yang menerima pembiayaan kerajaan.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki, berkata beberapa NGO yang memperoleh peruntukan kerajaan didapati menyalahgunakan dana berkenaan, manakala isu yang sama turut dikesan membabitkan koperasi.

Beliau berkata, sejumlah syarikat yang menerima pinjaman kerajaan juga disiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

“Beberapa kertas siasatan turut dibuka berkaitan isu perolehan, termasuk pembelian aset dan projek pembangunan dengan jumlah keseluruhan 26 kertas siasatan direkodkan,” katanya ketika siaran langsung di studio Kelantan FM, hari ini.

Azam berkata, kes sedemikian tidak terhad kepada mana-mana negeri tertentu, malah trend sama dapat dilihat di seluruh negara.

“Ia sama di semua negeri, malah pada peringkat ibu pejabat, jika sesebuah negeri lebih besar dan menguruskan lebih banyak dana, kerugian yang terbabit biasanya lebih tinggi,” katanya.

Azam berkata, sebanyak 13 kertas siasatan dibuka dan kes pada peringkat negeri adalah relatif lebih sedikit dan kebanyakannya membabitkan kesalahan kecil serta terpencil.

“Bagi kes penguatkuasaan pada peringkat negeri, ia biasanya membabitkan kesalahan kecil dan terpencil. saya sering mengingatkan pegawai tidak membazir tenaga menangani perkara remeh, kerana tindakan tatatertib boleh diambil melalui saluran lain,” katanya.

Azam berkata, SPRM kini mengamalkan pendekatan berbeza dengan menumpukan sumber kepada kes besar dan berimpak tinggi.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img