Padah tunjuk kemaluan, bapa seorang anak didenda RM7,000

SEORANG lelaki yang juga bapa seorang anak lelaki tiga tahun didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang murid perempuan, awal bulan ini.

Hakim Nor Aziati Jaafar turut memerintahkan tertuduh, Ong Sheo Ming, 54, dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Tertuduh turut diperintah menjalani pengawasan polis selama setahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan cara menunjukkan kemaluannya kepada mangsa berusia 12 tahun itu bagi maksud seksual.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah sekolah di Tampoi, Johor Bahru kira-kira jam 1.30 petang pada 1 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau didenda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu dalam rayuannya, Sheo Ming meminta hukumannya diringankan kerana sudah tidak lagi bekerja di Singapura sebelum ini.

“Saya sudah berusia lebih 50 tahun dan susah mencari kerja dan isteri saya pula warga Indonesia.

“Saya menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serta mengubah menjadi lebih baik,” katanya.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda berkenaan selepas meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan bersalah tertuduh, keterangan fakta kes dan kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian mangsa bersama adik saudaranya sedang berjalan di kawasan kejadian sebelum dipanggil oleh suspek yang menaiki sebuah kereta Honda Accord berwarna hitam.

Suspek kemudian bertanya lokasi tandas dan mangsa melihat seluar suspek diturunkan dan memegang kemaluannya. Kejadian itu kemudian tular dalam media sosial sebelum bapa mangsa berusia 33 tahun membuat laporan polis.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img