Penunggang nyaris maut selepas rempuh jengkaut

SEORANG lelaki nyaris maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh jengkaut (backhoe) di Kilometer 10.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur di Kuala Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5 petang.

“Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 25 tahun itu melanggar bahagian belakang jengkaut berkenaan.

“Mangsa yang cedera di kedua-dua tangan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Azaharudin, pemandu jentera itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, punca kejadian disebabkan kegagalan mangsa mengawal kenderaannya.

“Kes ini disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi peraturan lalu lintas dan mengekalkan jarak selamat,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img