Pegawai penyiasat ditahan SPRM minta wang suapan RM3,000

SEORANG pegawai penyiasat agensi penguat kuasa ditahan kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang individu sebagai balasan melepaskan abangnya daripada tindakan undang-undang melibatkan siasatan kes penyalahgunaan dadah.

Suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga 22 November ini bagi membantu siasatan selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi ini.

Menurut sumber, pegawai penyiasat lelaki itu yang berusia lingkungan 40-an ditahan di pejabatnya di Shah Alam kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Katanya, suspek dipercayai meminta wang kira-kira RM3,000 daripada seorang individu yang datang berjumpanya pada 18 November lalu susulan tangkapan melibatkan abangnya dalam kes penyalahgunaan dadah.

“Keesokannya, suspek mengarahkan individu terbabit datang dengan membawa wang kira-kira RM1,500 serta mengambil abangnya yang ditahan sebelum itu,” kata sumber itu kepada FMT.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan penahanan pegawai penyiasat terbabit dan memaklumkan kes ini  disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img